Hola! Apa khabar bloggers? Gadis Purple Pink sihat sahaja. Baiklah. Sekarang Gadis Purple Pink nak sentuh tentang sahabat. Ok tak? Banyak maklumat yang boleh didapati nanti.
Sahabat bereti seorang kawan yang paling rapat dan paling memahami kita. Ia lebih jauh berbeza dengan maksud rakan. Sahabat selalu ada disamping kita di saat susah mahupun senang. Pendek kata sentiasa ada buat kita. Jangan lupa Allah kerana Allah lah yang menghantar sahabat itu. Berdoa kepada Allah selalu agar hubungan persahabatan itu kekal. Kalau kita bergaduh, kita yang seharusnya mulakan langkah dahulu bukan sahabat kita. Jangan terlalu ego. Sekarang Gadis Purple Pink nak tanya, semua ada sahabat? Kalau ada kongsilah sedikit. Gadis pernah ditindas oleh seorang kawan gadis. Oh, memang panas hati. Tetapi gadis terus bersabar. Gadis Purple Pink doakan yang terbaik untuknya. Yang lain perlu lah saling memaafkan baru lah hubungan itu utuh. Baiklah. Itu sahaja serba sedikit yang Gadis nak cerita. Harap bloggers suka! Tunggu entri blog seterusnya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan